Friday, 3 June 2011

proud to be a teacher...

Refleksi... 4/6/2011


    Hi, pada pagi ini, pensyarah telah menjalankan kelas di luar bilik darjah dan duduk bersama-sama kami di tangga depan blok c. Kami sekelas berasa gembira apabila pensyarah berbual mesra dengan kami pada pagi ini, walaupun kami lambat menghadiri kelas.
    Pensyarah   telah menanyakan beberapa soalan sebelum memulakan kelas. Saya cuma dapat menjawab satu soalan sahaja. Saya berasa menyesal kerana saya tidak menumpukan perhatian semasa pensyarah mengajar. Dan pensyarah telah menjelaskan objektif mata pelajaran bagi semester ini.
    Saya dan kawan-kawan saya telah memberi perhatian yang penuh kali ini. Apabila masuk ke kelas bertungkus lumus kami menyiapkan kerja kursus kami dan menghartarnya pada pensyarah. Kami juga mula mengemaskinikan blog kami.
    Dengan adanya bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah dan rakan -rakan, saya dapat menikmati keseronokkan alam ICT. Ya, sebelum ini saya tiada pengetahuan langsung mengenai blog. Saya juga, kurang mahir menggunakan bahan ICT. Tetapi pada hari ini saya telah pun ada suatu blog sendiri. Saya berasa amat gembira dan bangga kerana adanya blog sendiri untuk meluahkan pendapat dan perasaan saya dalam blog saya.
    Jutaan Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah dan rakan -rakan saya.

               Berkejar-kejaran ombak di laut
               Menyentuh pantai berpasir bersih
               Budi tuan selalu disebut-sebut
               Diucapkan dulu dengan ribuan terima kasih.


hari pertama di blog saya

saya berasa amat gembira apabila dapat membina blog saya sendiri buat kali pertama. 10q 4 my lecturer n my friends.....